Kat Bandung ni subuh memang lah awal.. pukul 4 lebih dah subuh.. aku bangun dah kol 6 lebih dah terang benderang dah huhuhu...
bangun je subuh terus aku pam susu..almaklumla tak bawak si kecik kan.. jadi pagi2 kena la cepat2 pam sebelum mulakan aktiviti..nanti aku tulis entry khas tentang mengepam dan bawak ebm waktu travel ya.. aku rasa memang ramai yang nak tau caranya sebab aku pun ada gugel masa sebelum ke Bandung tapi tak banyak yang share experience...
ok sambung aktiviti hari ke-2.. memang sangat teruja nak shopping ni.. harini katanya derang akan bawak kami ke Factory Outlet.. tak sabar nya ... tapi sebelum jalan mesti la kena breakfast dulu kan...lepas mandi and siap..aku and rumet aku ke cafe.. memang nak makan banyak2 ni untuk bekalan sampai malam.. boleh?
tapi seperti biasa, masakan sana tak berapa kena dengan tekak aku.. aku minum fresh orange, nasik goreng & telur mata sapi.. (2 bijik telur disatukan menjadi telur mata) mmg nampak macam mata lembu la.. lupa lak aku nak snap gambar.. hehe
lepas tu aku makan pulut yang dibakar mcm bbq tu + pisang bakar bbq.. pisang tu agak kelat,..tapi boleh la masuk tekak aku.. cuma tak kenyang sangat la..aku makan ala kadar je.. biasa la makan kat hotel mana pun bukannya sedap nak compare dengan makan kat rumah..
hasil ebm selama di bandung
sebelum jalan harusla posing dulu depan suite |
balkoni di tingkat 3 |
interior kat bandung ni cantik2.. sungguh berseni orang2nya |
tema dinner hari ni hijau..so dari pagi ahkak dah pakai hijau in case tak sempat tukar baju ..oopps |
ok hasil perbincangan kitorang decide nak ikut coach yang ke Pasar Baru + FO. 1 lagi coach dah bertolak kol 6.30 tadi bawak golfers.. shoppers satu lagi ke FO.. aku terpaksa sacrificekan setengah FO sebab nak ke pasar baru lagi.. semalam tak puas la nak shopping.. byk lagi dlm list tak sempat aku beli ni.. kali ni mmg aku nak serbu telekung lagi, swimming suit muslimah anak2, kain pelikat, tshirt bandung, fridge magnet.. haa amik kau memang byk lagi aku tak beli ni..
ok sesampai di PB, kitorang setuju nak jumpa balik lepas 2 jam.. which is pukul 11.30... so dalam tempoh 2 jam tu sempat la aku beli telekung yang less than RM100. kalau kat sini telekung cotton paris ni dekat RM200, pelikat gajah duduk yang benang 8000 aku dapat RM15...pastu sempat beli baju kelawar long sleeve 2 helai utk mak... ini memang kelam kabut sebab masa dah makin hampir.. nyesal pulak aku tetapkan 2 jam.. sepatutnya 3 jam..heheh
pandangan Pasar Baru daripada lantai bawah.. waktu ni petang kol 3 |
kedai cotton.. harini ahkak tak bawak beg tarik..adoi sakit tangan |
antara kain2 ela di bandung..
lepas tu aku ke lantai bawah pulak utk cari tshirt bandung sorang satu.. tadi masa lalu nak pegi parking dah nampak ada jual tshirt kat luar tu.. tapi dari dalam menjajau jugak la nak cari...ada la kot dekat 5 orang kami tanya kat mana jalan nak keluar. last2 baru la jumpa.. almaklumla tempat tak pernah sampai kan.. sib baik la ada di S yang tolong bawakkan beg ahkak.. ini la untungnya jalan dengan keluarga opis ni.. yg junior2 memang dah mcm adik..suka hati akak je membuli..eheehhe
part beli tshirt ni memang agak lama sebab kesilapan aku tak buat list berapa nak size apa utk sape.. so tips kalau nak beli tshirt di bandung baikla korang sediakan list kuantiti, size.. sebab tshirt ni kat luar, memang dah bebas sgt la nak gerak kan..kejap2 ada org dtg hulur kopiah, beg, keychain, mcm2 la... tapi bagus juga..kalau tak memang tak sempat la aku nak beli fridge magnet... kat sini aku beli fm 5 packet RM100ribu.. 1 paket ada dalam 6 kot...memang byk la dapat 100ribu tu.. sbb kita memang tak boleh nak tawar turunkan harga.. tapi kita boleh minta extra..contohnya kalau dia bagi 3 packet, mintak la 6 packet... memang byk la dapat kan...pecah telur katanya..
ok cukup masa kitorang bergegas ke lantai 7 semula (parking).. kesian la kat bapak2 yang menunggu kan.. ibuk2 ni memang pantang dibawak shopping.. hehe
jadi untuk di pasar baru kali kedua ni, yg aku sempat beli :
1. kain cotton 2 pasang
2. telekung tambah 3 lagi
3. kain pelikat 2
4. baju kelawar batik long sleeve 2
5. fridge magnet
6. tshirt bandung 12 helai
7. border lace
0 nhận xét:
Đăng nhận xét