Vietnam Open Touris

tips untuk menyimpan stock EBM semasa melancong/travel

 tháng 5 16, 2013     Bandung, breastfeeding, Travel     No comments   

seperti yang dijanjikan dalam entry bandung sebelum ni.. aku akan sharekan pengalaman bagaimana nak buat stok susu semasa travel (tanpa bayi disisi). Ini berdasarkan pengalaman aku semasa business trip ke Bandung tempoh hari.

untuk ibu-ibu yang fully breastfeeding memang amat merisaukan kalau kita kena outstation without anak di sisi kan.. mana memikirkan anak cukup ke susu kat rumah.. satu lagi memikirkan pastilah cik "B" kita akan bengkak kalau tak bagi direct ke baby ataupun pam kan?

tapi yang peningnya kalau kita kena ke oversea.. sebab kastam akan tahan mana2 cecair yang dibawa walaupun hanya sebotol air mineral ya.. kawan aku dah kena tinggal air mineral masa nak check in kat lcct utk hand luggage.. jangan main2 ya...

ok kat sini aku senaraikan apa yang perlu dibawa dan perlu dibuat sebelum, semasa & selepas ya...

tapi ni untuk travel dekat la ye.. kalau jauh sangat tu aku tak sure la boleh bertahan ke tak..
actually ada 2 cara.. tapi aku sharekan yg based on experience aku dulu ye.. lepas tu aku sharekan tips lain utk alternatif...

Barang yang perlu dibawa

1. pam susu
2. cooler
3. ice pack yang dah dibekukan
4. plastic storage ebm / botol (target 3 botol x total hari)

sebelum travel

-bekukan ice pack tu sbb cecair tak dibenarkan masuk. lagi satu just in case peti ais kat hotel tu tak boleh membekukan (takde freezer)

- simpan di dalam check in baggage

semasa travel

kalau yang bawak chargeable/manual pump make sure pump tu hand luggage. so boleh pam di mana2 cthnya semasa dalam flight ataupun dalam kenderaan on the way ke hotel. mcm kes aku tak boleh sbb memerlukan electrik supply. so aku cuma boleh pam semasa di hotel

lepas pam boleh lah disimpan dalam fridge hotel. mcm kes aku mmg freezer tak ada. jadi aku cuma sejukkan sahaja

sebelum balik

simpan di dalam check in baggage ya ebm2 tu... masukkan dalam cooler bag yg penuh dengan ice pack yg masih beku (sbb dah bekukan sebelum datang).

walaupun susu tu tak beku.. tapi anggapla mcm kita pegi kerja ya.. pergi kerja pun kita tak bekukan susu kan.. jadi sama kes la ni... aku memang ada baca ada yg simpan dalam hand luggage,.. tapi aku tak boleh amik risiko sbbnya susu aku tak beku.. nnt kalau dia scan tgk ada cecair maunya kena tinggal.. nangis la huhuhu

selepas sampai umah

benda pertama lepas sampai umah of course la keluarkan susu tu tau.. check ok ke tak pastu labelkan dengan tanda yang berbeza dengan ebm2 lain. cthnya mcm aku punya kes..aku letak "21/4 (B)"

B tu maksudnya Bandung ehehe... bukan apa.. susu tu akan digunakan lagi 4 bulan agaknya (sebab aku letak dlm deep freezer). so aku akan pastikan kalau hari yang aku bagi ebm tu baby sakit perut memang kena buang la kot yg selebihnya.. sbb tu kena label beza sikit kan... dan jangan bagi susu yang pergi bandung tu semua pada hari yang sama... try bagi sikit2.. sian kat baby kan kalau susu tu tak elok...


**TIPS PENTING :  jangan sekali-kali tak pam kalau travel.. sebab walaupun pam susu memang akan merosot menjunam dengan dahsyatnya. sebab tak direct ke baby.. kalau 3 hari tak pam atau tak directfeeding dikhuatiri susu akan kering..

ok itu saja tips hari ni.. selamat bercuti :)






  • Share This:  
  •  Facebook
  •  Twitter
  •  Google+
  •  Stumble
  •  Digg
Gửi email bài đăng nàyBlogThis!Chia sẻ lên XChia sẻ lên Facebook
Bài đăng Mới hơn Bài đăng Cũ hơn Trang chủ

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

Popular Posts

  • The Best Pet-Friendly Airbnbs in California • The Blonde Abroad
    Wander the Redwood forest, take into the dramatic beauty of the desert, surf those Pacific waves, or dance the night away in Hollywood. C...
  • Street markets in Vietnam
    Street markets in Vietnam: shopping in Vietnam markets Shopping lovers and street market fans will find in Vietnam their personal paradise. ...
  • Trip Ke Hatyai dengan adik beradik - 15 Mac 2015
    Destinasi : Hatyai, Songkhla Thailand Currency Exchange : RM10 = 8.70 Thai Baht Kenderaan : Van Sewa + Driver = RM350 Salam, sementara masih...
  • Korea Spring 2014 - hasil shopping di Korea
    backpack comel ni sempat beli 2 je...kalau ikutkan nak beli sorang 1 untuk anak2 tapi bila memikirkan takut bag tak muat akak beli 2 je.yg c...
  • The Ultimate Guide to Visiting Banff National Park in the Winter • The Blonde Abroad
    Mikaela of Voyageur Tripper —a blog dedicated to outdoor adventure — is sharing her in-depth guide to Banff National Park! I’ve visited ...
  • Top 6 Things to Do in Malacca
    If ever you are planning to visit Malaysia, Malacca (locally known as "Melaka") can be an alternative to the usual go-to tourist p...
  • Quick ride to Neelkantheshwar Temple, Pune
    Neelkantheshwar temple was on my list to visit from a long time. The distance between the  Neelkantheshwar temple and my place is around 40k...
  • photobook Spring di Korea dah siap
    Yang ditunggu-tunggu dah tiba... photobook yang sangat special sbb seribu kenangan terpahat di dalam setiap gambar2 ni.. cuma gambar-gambar ...
  • Restoren Kampungku Myeondong - Seoul
    Untuk yang mencari makanan halal dan masakan Malaysia, boleh la datang ke Kampungku ni. Kami dah pergi dan masakan memang sedap. Kebetulan m...
  • Day trip to Saswad and nearby places
    We were looking for an offbeat location near Saswad for a day trip. places to visit were not in mind and it was runtime planned drive trip. ...

Copyright © Vietnam Open Touris | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates