Memandangkan ini merupakan kali ke-3 saya ke Korea, saya akan share itinerary yg semestinya tak sama dengan trip2 sebelum ni. Itinerary juga perlu bersesuaian dengan musim yang kita pergi.
Jika diikutkan tak ramai rakyat Malaysia yang suka ke sana pada musim panas. Selain cuaca yang panas melekit (berpeluh), kita di Malaysia juga mempunyai musim yang sama iaitu panas dan hujan. Pada pendapat saya kalau nak ke Korea, cuba elakkan bulan 7-8 sbb pada masa ini musim hujan dan pns tidak menentu. Cuba la ke sana pada musim sejuk (winter), musim bunga (spring) atau musim luruh (autumn). Pastinya setiap musim ada kelebihan tersendiri.
Flight : Malaysia Airlines (KUL-Incheon) : RM1198
T-Money KRW 40,000 (ada extra), boleh reload 20,000 dulu
Curency : 3.65
Hotel : M-Biz Gangnam & Myeongdong Guest House
Total days : 5
Day 0 : KLIA - INCHEON
Dah tak sabar nak rehat dalam flight selepas letih bekerja di siang hari...
Flight Entertainment...ok inshaAllah tak bosan dlm flight
first time naik MAS ke Korea... best orang tak ramai flight tak penuh dan |
hidangan pertama utk supper.. pie ayam
ini rupa pie ayam ...boleh la tak habis pun makan
hidangan kedua 2 jam sebelum mendarat..saya pilih nasik ayam sweet sour. Biasa2 saja boleh la menghilangkan lapar
Dah hampir sampai... yeayyyy
selfie sorang2 sbb sebelah menyebelah takde org
Sampai saja di Incheon jam 7 pagi, semua urusan kastam dan Imigresen dipermudahkan. tak perlu menjawab apa2 soalan pun walaupun saya dah bersedia dgn semua alamat2 hotel di tangan. mungkin dia dah nampak saya baru je datang 5 bulan lepas.
Sementara menunggu baggage tiba, sempat saya ke tandas berdekatan utk cuci da segarkan muka. Tandas bersih !
Kemudian saya ke counter information utk bertanya di pintu mana perlu saya tunggu bas ke COEX, Gangnam. Jika diikutkan research saya perlu ambik di pintu 4 turun di Grand Intercontinental Seoul Parnas. bas yang sama akan turun di COEX. Tambang bas KRW 15,000 (standard limousine Airport Bus).
Jika nak naik bas tak perlu lah beratur di kaunter tiket, sbb boleh gunakan T-Money. Saya reload T-Money di Convenience Shop dpn Information Counter. T-Money yang 5 tahun lepas pun masih boleh digunakan, memandangkan saya nak pakai 1 sahaja, yang selebihnya di T-Money saya gunakan utk beli susu pisang sbg sarapan di dalam bas nnt.
Harga Susu pisang = KRW1300
T-Money = kad seperti touch n go yang boleh refund jika ada baki. boleh digunakan utk membeli barang di Seven E dll
susu pisang kegemaran, wajib cuba. Dipanggil Banana Uyu |
pandangan dari dalam bas |
di mana-mana ada jambatan spt Jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge), rupanya company yang buat berasal dari Korea. Patutlah!
Day 1 : COEX & EWHA WOMEN UNIVERSITY
kami lunch di Indian restaurant di COEX. boleh la takde la sedap sgt.. asalkan kenyang je
Cantikkan library ni...
Dalam COEX ni ada 2 Mall, dan 2 lagi connecting (Hyundai Mall & Lotte Duty Free). Tapi saya recommend kalau nak shopping cosmetic beli di Starfield iaitu salah satu Mall yang terdapat di dlm COEX. semua brand ada di Starfield ni termasuk Nature Republic, Aland, Shoopen, H&M, Uniqlo, Daiso dll.. kalau ikut pusing sehari memang tak cukup :)
Selepas survey harga apa yang patut kami gerak ke subway terdekat. Lokasi seterusnya : Ewha Women University (details boleh tgk di itinerary di atas).
Keluar saja exit 2/3 akan nampak deretan kedai berjenama Korea sama spt di COEX tadi. Agak mengejutkan harga dan tawaran di sini tidak sama dengan di COEX tadi. Lebih mahal. saya cadangkan jika nak shopping elok la survey dulu.
Tujuan kami ke sini pun untuk jalan-jalan di dalam universiti cantik ni. Bukannya utk shopping lagi.
view akan lebih cantik jika musim luruh dan bunga. Saya pernah ke sini pada musim sakura mmg cantik sgt...
selepas puas bergambar di dalam Kampus Ewha Univ. kami berjalan menyusuri deretan kedai di sepanjang jalan. Ada LINE & Friends yang sangat popular di Korea. Sempatla singgah bergambar. Cute!
Ok selesai berjalan2 kami balik ke hotel dan berehat. Esok akan berjalan jauh perlukan rehat yang cukup malam ni.
Day 2 : MORNING CALM GARDEN & ITAEWON
Selesai tapau breakfast dan banana uyu, kami bergerak ke subway station utk ke Morning Calm Garden. Apa ada di sini? Ianya seperti botanical garden dan setiap musim mempunyai bunga yang berlainan. Aim kami kali ni adalah hydrangea yang cantik. Lokasi garden ni adalah lebih kurang dgn Nami Island. Maksudnya jika nak ke Nami boleh la combind 2 tempat ni. Kami tidak ke Nami kali ni memandangkan summer kurang tarikan.
dari Gangnam kami ambik train ke Cheong Peong (tukar beberapa kali), boleh rujuk Kakao Metro Apps. sesampai di Cheong Peong, kami perlu mengambil bas ke Morning Calm Garden di terminal bas. Jangan malas bertanya dengan yang bertugas, sbb kadang2 mana2 bas juga pergi dan sedia menghantar.
dari Station Cheong Pyeong, pusing kiri, dan kanan jalan straight sehingga lebih kurang 3 block (main road) dan belok kiri. Anda akan nampak banyak bas di situ iaitu Terminal Bas Cheong Pyeong. Perlu ambil bas ke Morning Calm Garden di situ. Murah je tiketnya iaitu 800 won.
Tiket masuk ke garden adalah 9000 won. Pastikan aim nak ke taman yang mana melainkan anda mempunyai banyak masa di sini.
sempat singgah bergambar on the way nak ke terminal bas..
hydrangea pujaan hati |
Love in the Moonlight |
Untuk makluman, Morning Calm garden ni merupakan salah lokasi penggambaran cerita "Love In the Moonlight".
Kami keluar dari sana lebih kurang pukul 1 lebih dan destinasi seterusnya adalah Itaewon. Perut dah berkeroncong. Tak sabar nak makan makanan halal di Itaewon.
Itaewon
Kami memilih Muree restaurant utk makan tgh hari. Kedai Makanan halal termasuk masakan Korea. Muree ni sangat hampir dgn Seoul Central Mosque. Banyak lagi deretan kedai makan halal di sini. Pilih saja.
Cara nak ke sini :
{Itaewon Station (Line 6 Exit 3). Straight 100m, turn right onto Usadan-ro Road. Go Straight 150m and turn left onto Usadan-ro 10-gil Road. Continue 200m, mosque will be on your left.}
Bulgogi Set 30,000 Won |
Saya recommend Bi Bim Bop, nasik + daging + telur mata 8000 Won |
Kami singgah solat zohor dan asar di sini.. banyak perubahan berbanding 5 tahun yang lalu Alhamdulillah |
Selesai solat dan makan, masa menjengah ke pukul 8. Waktu ni kami dah sangat2 letih. Jadi kami terus balik ke bilik, packing utk check out esok pagi. Esok pagi kami akan berpindah ke Myeongdong iaitu lebih dekat dgn shopping heaven :D
Day 3 : NAMDAEUMUN & DONGDAEMUN
Cepat betul masa berjalan. Masa merangka itinerary ni pun pening juga kepala saya pikir mana yang perlu saya buang. Kalau ikutkan semua tempat nak pergi tapi masa cuma ada 4 hari saja.
Hotel Pertama kami |
Bye bye Gangnam |
Harini kami checkout awal dan shopping last di COEX. Kemudian dah tengah hari kami terus bertolak ke Myeongdong Guest House utk tinggal barang.
Sebenarnya saya dah pernah tinggal di sini bulan Feb yang lalu. Lokasi sangat strategik betul2 sebelah Exit 1 Station Myeongdong. naik tangga je dari subway station terus jumpa jalan ke lokasi. berdepan pula dengan bus stop ke Airport & Everland. Sebelahnya pula adalah Daiso 8 Tingkat yang sgt popular di Myeongdong.
Tapi saya takde la ckp tempat ni tiptop. kalau daripada 5 Bintang mungkin saya bg 2.5 saja. Tapi dari segi lokasi mmg 5 Bintang :)
Ok ni lokasinya. Jangan marah saya jika tak puas hati dengan keadaan bilik yang comel saja ya. Bagi saya nak travel paling penting adalah lokasi. saya tak suka tempat yang cantik dan besar tapi jauh. Itu menghadkan pergerakan saya.
cara ke MYEONGDONG GUESTHOUSE :
Myeongdong Stn (Exit 1), belok kiri akan nampak lorong kecik di sebelah kanan. Jalan Straight sampai hujung akan rumah warna hijau
Myeongdong Station Exit |
Lorong kecik jalan sampai hujung hijau tu |
keadaan pintu masuk GH |
setiap bilik menggunakan sistem key in lock |
gambar saya semasa winter di sana..belakang tu Guest house |
boleh contact sendiri ya |
depan pintu GH |
Selepas kami check in, kami terus gerak ke Restoran Kampungku untuk makan tgh hari. Restoren ni wajib cuba. Sedapppp dan tak jauh dari rumah.
Cara nak ke sana :
Jika dari Subway ambik Exit 3. tapi jika dari rumah keluar saja ke kiri, jalan straight melalui daiso di sebelah kiri, sampai la berjumpa dengan Exit 3. Belok kiri (Seven E, Hotel Pacific di sebelah kanan), straight lagi mendaki sikit dan Restoren Kampungku di sebelah kanan. Ada 2 tingkat makanan halal, yang bawah boleh order masakan Korea, di atas masakan Melayu. Buka sehingga pukul 10.00 malam dan dimasak oleh chef dari Malaysia.
Nasi Goreng Resepi Kampungku + Nasik Paprik seafood. sedapppp dan banyak |
Namdaeumun Market
Daripada Restoren Kampungku, kami berjalan kaki lintas jalan ke arah Namdaemun. Namdaemun & Myeongdong adalah bersebelahan. Jika nak train pun 1 station je. Kat sini saya ke kedai seaweed yang biasa saya pergi. Landmarknya berdepan dengan Standard Chartered Bank. Utk 50 bungkus kecik seaweed boleh dpt harga 12,000 won. Pastikan beli yang halal ya (tiada daging). Saya beli yang original & Kimchi. Nanti saya sharekan apa yang saya shopping di Korea kali ni di next post.
Kami tak lama di Namdaemun, tak banyak yang menarik perhatian kali ni mungkin kerana dah pergi sebelum ni. Tapi kali ni saya ada jumpa sebuah kedai yang menjual pelbagai brand kosmetik dalam 1 kedai. Kedainya nampak agak lama tapi harganya sangat menarik. Ada yang sampai discount 50%. Boleh cari kedai ni kalau ke Namdaemun. Lokasi berhampiran dgn Information Booth. Kat depan kedai penuh dengan mask Nature Republic. Maaf tiada gambar sbb tangan dah berat dgn barangan kosmetik.
Seterusnya kami balik bilik utk solat dan bergerak selepas Asar ke Dongdaemun.
Dongdaemun Design Plaza (DDP)
Cara ke sana :
Station Dongdaemun History (Exit 2/14)
Keluar saja akan nampak bangunan DDP tersergam indah. Unik sgt architecturenya. Kami akan berada di sini sehingga malam untuk menunggu lampu LED daripada taman bunga ros LED. Pameran ini akan berlangsung sehingga tahun 2020.
selepas puas menikmati cahaya lampu santai2 kami berdua pun balik ke Myeongdong. Sempat singgah di Exit 2& 3 iaitu shopping underground. Macam2 ada tak perlu pergi jauh.
Di sini kedai favourite saya beli stoking Korea cute .. 10,000 won dapat 11 pasang. Murah kan. tapi harga di Myeondong Street juga sama. kalau jumpa bleh terus beli. Banyak lagi yang dijual di underground ni antaranya baju 10,000 won, handbag handmade 23,000 - 30,000 Won.
Kemudian kami proceed plan asal ke Daiso 8 tingkat tu.
Kalau ke Daiso ni memang rambang mata. Nasib baik la saya baru saja ke sana. jadi tak banyak yang saya bazirkan di Daiso kali ni :D
Harga tidak sama spt di Malaysia, ada yg 1000, 2000, 3000. Barang juga tak sama.
Sebelah malamnya kami cuma bungkus nasik goreng di Restoran Kampungku kerana dah letih.
Day 4 : GYEONGBOKGUNG PALACE & MYEONGDONG STREET
Harini merupakan hari terakhir kami berjalan di Korea sebelum ke Airport esok pagi. Huhuhu sedihnya rasa.
Seawal pagi kami dah bersiap utk ke Palace. palace ni dibuka pada jam 9.00 pagi. Kena pergi awal sebab harini Sabtu dan cuaca yang panas.
Cara nak ke Gyeongbokgung Palace : Station Gyeongbokgung (Exit 5).
Tapi kami plan utk memakai Hanbok (pakaian Korea). jadi perlu ke exit 3 utk sewa hanbok dulu. Jika kita memakai hanbok, kita tidak perlu membeli tiket masuk ke palace. Menarik kan?
Ini tempat kami sewa hanbok iaitu Pink Hanbok Rent Shop. (betul2 depan lift exit 3). Jalan ke depan sikit dah jumpa Palace
Kos : 15,000 (3 jam) atau 12,000 (2 jam) utk Premium Hanbok
Memandangkan tempoh berbaki sejam sebelum pulangkan hanbok, dari Main entrance & exit palace kami terus berjalan kaki ke arah statue King (sorry lupa). semuanya walking distance.
Lepas pulangkan hanbok, perut pun dah berkeroncong kamit terus ke Restoren Kampungku lagi. kali ni kami order tomyam, nasi putih dan ayam goreng Korea. Walaweh sedapnya tomyam tu.. ayam goreng korea agak muak sbb sosnya manis. Kami tapau je sbb perut dah terlalu kenyang.
dan itinerary terakhir kami sehingga malam, of course la menghabiskan duit di Myeondong Street. Heaven!
ok itu saja...shopping dan packing...bye bye Seoul. InshaAllah kita berjumpa lagi.
Cara ke sana :
Station Dongdaemun History (Exit 2/14)
Keluar saja akan nampak bangunan DDP tersergam indah. Unik sgt architecturenya. Kami akan berada di sini sehingga malam untuk menunggu lampu LED daripada taman bunga ros LED. Pameran ini akan berlangsung sehingga tahun 2020.
cerah lagi lampu LED belum menyala kerana auto detect gelap |
hujan masa ni |
banyak food truck di sekitar taman |
yeayy dah menyala.. |
Di sini kedai favourite saya beli stoking Korea cute .. 10,000 won dapat 11 pasang. Murah kan. tapi harga di Myeondong Street juga sama. kalau jumpa bleh terus beli. Banyak lagi yang dijual di underground ni antaranya baju 10,000 won, handbag handmade 23,000 - 30,000 Won.
Kemudian kami proceed plan asal ke Daiso 8 tingkat tu.
Kalau ke Daiso ni memang rambang mata. Nasib baik la saya baru saja ke sana. jadi tak banyak yang saya bazirkan di Daiso kali ni :D
Harga tidak sama spt di Malaysia, ada yg 1000, 2000, 3000. Barang juga tak sama.
Sebelah malamnya kami cuma bungkus nasik goreng di Restoran Kampungku kerana dah letih.
Day 4 : GYEONGBOKGUNG PALACE & MYEONGDONG STREET
Harini merupakan hari terakhir kami berjalan di Korea sebelum ke Airport esok pagi. Huhuhu sedihnya rasa.
Seawal pagi kami dah bersiap utk ke Palace. palace ni dibuka pada jam 9.00 pagi. Kena pergi awal sebab harini Sabtu dan cuaca yang panas.
Cara nak ke Gyeongbokgung Palace : Station Gyeongbokgung (Exit 5).
Tapi kami plan utk memakai Hanbok (pakaian Korea). jadi perlu ke exit 3 utk sewa hanbok dulu. Jika kita memakai hanbok, kita tidak perlu membeli tiket masuk ke palace. Menarik kan?
Ini tempat kami sewa hanbok iaitu Pink Hanbok Rent Shop. (betul2 depan lift exit 3). Jalan ke depan sikit dah jumpa Palace
Kos : 15,000 (3 jam) atau 12,000 (2 jam) utk Premium Hanbok
ok layankan gambar2 syok sendiri di Palace ;)
Memandangkan tempoh berbaki sejam sebelum pulangkan hanbok, dari Main entrance & exit palace kami terus berjalan kaki ke arah statue King (sorry lupa). semuanya walking distance.
Lepas pulangkan hanbok, perut pun dah berkeroncong kamit terus ke Restoren Kampungku lagi. kali ni kami order tomyam, nasi putih dan ayam goreng Korea. Walaweh sedapnya tomyam tu.. ayam goreng korea agak muak sbb sosnya manis. Kami tapau je sbb perut dah terlalu kenyang.
Nanti saya sharekan nak shopping di mana lebih murah ya..
ok itu saja...shopping dan packing...bye bye Seoul. InshaAllah kita berjumpa lagi.
0 nhận xét:
Đăng nhận xét