ok pertama sekali mintak ampun banyak2.. trip saya ni plg last minute..tetiba rasa nak join kawan ke Bangkok..jadi honestly cakap memang saya takde plan apa2 itinerary. Sedangkan hotel pun kami walk in je. Tapi saya kongsikan di sini nama2 tempat yang saya dah pergi, dan gambar2 yang sempat saya snap ya.
Airlines : MH (MAS)
Tambang : RM499.00 (return)
Total pax : 4
Currency : 12.63 bhat
Simcard : 90 Bhat 4Gb - 4 days (beli di luar Arrival)
DAY 1 : KLIA - Bangkok Suvarnabhumi - Pratunam
salah satu sbb pilih MAS, sbb tak boring dlm flght tgk movie hehe |
gang travel berempat..sorg lagi takde dlm camera.. |
dah senja baru la kami sampai di Bangkok..almaklumla waktu di Bangkok advance sejam.. kebetulan baru lepas hujan huhuhu...
sampai je di Airport, proses smooth dan kami terus ke City Link Airport Bangkok (sama spt ERL tapi murah yang amat) .
Kos : 40 Bhat City Link Airport - Ratchaprarop Station (Pratunam)
dah sampai Airport.. selesai mengisi Arrival Card (biasanya akan diberi dlm flight, tapi jika tak dpt boleh isi di Arrival (jgn hilangkan sbb nnt akan dirujuk sebelum balik) |
semasa di Imigresen, pastikan semua diisi di dlm borang cthnya nama hotel. Kalau nak walk in mcm kami cari je la nama Hotel yang ada dalam Ahgoda tu.. jgn smpai dia suspect kita takde haluan pulak..bahaya tu...
dalam train.. berdebar nak sampai ke Pratunam, tak sabar nak cr hotel dan start shopping...yeehaaa |
sampai di Pratunam, kami dapat cari hotel yang sangat dekat dgn Psr Malam Pratunam tu, murah pulak tu. Tapi saya tak recommend. Walaupun hotel ni baru renovate, tapi kami kurang nyenyak tidur sebab bilik tak sound proof. Jadi saya cdgkan pilih la hotel yang ada bintang skit ya. Mcm kami ni dah memang nak jimat kos, yang penting dekat sangat2 dgn pasar malam dan BTS (train).
Lepas tinggalkan barang, kami pun apa lagi..nak cr makan dan shopping la kan.. plannya malam ni nak survey2 je dulu..almaklumla ada 2 malam lagi nak shopping slp ni..
Tapi malangnya majority kedai dah tutup. Jadi kami beli maggi (halal) di SevenE je..Rasanya semua tau di Thailand, Seven E ni sgt meriah. Nak cari apa semuanya ada, murah pulak tu.
Jadi tamatla pengembaraan untuk hari pertama. Kami balik hotel dalam pukul 11 lebih, dinner, mandi dan rehat.
lawa bag yang boleh customised nama ni..tapi pergi lepas tu dah takde sbb hujan..adoi nyesal betul tak beli |
dinner malam ni..maggi tomyam & susu pisang meiji (tak la sdp sgt, sdp lagi teh ais Thai mesin Seven E) |
shopping jajan di Seven E |
bag warna warni |
0 nhận xét:
Đăng nhận xét