Vietnam Open Touris

Tempah Baju di Vietnam - (sehari siap)

 tháng 3 29, 2018     ho chi minh 2018, Travel, travelwithnieta;     No comments   

Berdasarkan pengalaman saya setiap tahun ke Vietnam, memang setiap tahun saya akan upah baju di sana. Walaupun pelbagai negative review mengenai quality tempahan baju di sana, tapi saya tetap ambil risiko kerana di KL tempahan baju mahal dan susah. 

Utk tahun pertama, kami tempah baju di Kedai Lin.(dlm Benthanh). Beli kain dan tempah melalui kedainya third party). Tempoh siap 1.5 hari. (hantar ke lobi hotel). Bagi saya biasa2 je. tempahan lebih kurang RM100. (agak mahal). Kawan saya bajunya tak cantik dan terpaksa kembali ke kedai utk complain. 

Utk tahun kedua, saya tempah baju dengan Aunty Rose (dlm Benthanh juga). Aunty ni byk jual cotton tapi dia outsource kain dan lining dgn kedai sedara mara dia (sebelah menyebelah). Yang bestnya jahit chiffon dpt lining free 4 meter. Kos upah RM100 (ok jgk sbb baju lining biasanyanya double). Lining pun kita boleh pilih sendiri dan mmg sejuk kainnya. Tapi ukuran pulak tak ok. Nasib baik la saya mmg aim baju2 yang jahit di Vietnam ni saya pakai harian pergi kerja je. Kalau baju raya mmg saya beli readymade di butik. Takut nak ambik risiko.

Utk tahun ketiga (2018), saya cuba pula tempah sendiri dengan tailor. Saya beli kain dan lining sendiri dan kemudian bawa ke kedai jahit ni. Nanti saya sharekan lokasi. Tapi pastikan tanya dulu harga dan boleh siap awal atau tidak. Takut penat je beli kain tapi tailor tak sempat buat. Macam kes saya ni aunty ni buat dlm tempoh beberapa jam je. Hantar tgh hari malam dah siap. Saya perasan dia start jahit baju saya petang tu je. Sbb kami  banyak kali lalu lalang depan kedai beliau. 

Bagi saya sangat puas hati. Ukuran ok. Fashion pun ok. Aunty ikut mcm gambar yang saya tunjuk. Saya nak buat peplum yang ada tali. Kos upah RM90 termasuk lining di baju. (bayar dalam RM je)

Ptg tu saya bawa lagi sepasang kain cotton dubai utk dibuat dress. Kain saya beli sekitar kedai je. Siap pegi tanya aunty dulu boleh ke tak jahit baru patah balik beli. Aunty ambik RM70 utk dress without lining dan siap keesokkan malamnya.

Apa yang bestnya jahit di sini? 

1. Lokasi di Malay Street (sebelah hotel)
2. Anytime boleh jenguk dah siap ke belum baju (siap lambai2 kat aunty tgk dia jahit baju)
3. layanan baik..aunty ni mesra dan baik
4. Pantas 
5. Murah (RM70 sepasang)
6. ada fitting room (lepas siap aunty akan minta kita cuba dan tunjuk kpd beliau sekiranya nak alter)

ok itu saja share saya harini. diharap bermanfaat untuk yang nak mencuba dan bermasalah mencari tailor spt saya. Ni free promotion je berdasarkan pengalaman saya bukan iklan berbayar ya :). Tapi kalau tak confident saya nasihatkan bawa baju sample.



peplum lace bertali

dress cotton saya buat di Vietnam 

aunty bz potong kain

Lokasi kedai tempah baju di Malay Street
Nama Kedai : Tram
Alamat : Malay Street (selang 5 pintu dari Ha Tam Money Changer), berhadapan hajah Basiroh dan kedai makan Islam lain).






Tips :

Jangan lupa pesan nak zip di tgn (utk wuduk), jenis leher (by default diorang akan buat round neck). Kalau taknak ketat pesan awal2 "no sexy". 

****

Satu lagi utk beli kain lace atau cotton saya cadang survey dulu harga di Malay Street sebelum ke Benthanh. Saya dah terkena beli lace RM10 lebih mahal daripada kain di Malay Street. Corak semuanya sama. Kedai pun lebih selesa sbb boleh duduk bersila berbanding dengan dalam Ben Thanh yang panas dan agak memaksa. 

saya memang plan lepas ni kalau pergi lagi akan beli di Malay Street je. Saya tak suka Ben Thanh tu..

****
conclussionnya saya sayang sgt aunty ni. Jumpa lagi thn dpn aunty ! Happy me :)

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan comment ya. 




  • Share This:  
  •  Facebook
  •  Twitter
  •  Google+
  •  Stumble
  •  Digg
Gửi email bài đăng nàyBlogThis!Chia sẻ lên XChia sẻ lên Facebook
Bài đăng Mới hơn Bài đăng Cũ hơn Trang chủ

0 nhận xét:

Đăng nhận xét

Popular Posts

  • The Best Pet-Friendly Airbnbs in California • The Blonde Abroad
    Wander the Redwood forest, take into the dramatic beauty of the desert, surf those Pacific waves, or dance the night away in Hollywood. C...
  • Street markets in Vietnam
    Street markets in Vietnam: shopping in Vietnam markets Shopping lovers and street market fans will find in Vietnam their personal paradise. ...
  • Trip Ke Hatyai dengan adik beradik - 15 Mac 2015
    Destinasi : Hatyai, Songkhla Thailand Currency Exchange : RM10 = 8.70 Thai Baht Kenderaan : Van Sewa + Driver = RM350 Salam, sementara masih...
  • Korea Spring 2014 - hasil shopping di Korea
    backpack comel ni sempat beli 2 je...kalau ikutkan nak beli sorang 1 untuk anak2 tapi bila memikirkan takut bag tak muat akak beli 2 je.yg c...
  • The Ultimate Guide to Visiting Banff National Park in the Winter • The Blonde Abroad
    Mikaela of Voyageur Tripper —a blog dedicated to outdoor adventure — is sharing her in-depth guide to Banff National Park! I’ve visited ...
  • Top 6 Things to Do in Malacca
    If ever you are planning to visit Malaysia, Malacca (locally known as "Melaka") can be an alternative to the usual go-to tourist p...
  • Quick ride to Neelkantheshwar Temple, Pune
    Neelkantheshwar temple was on my list to visit from a long time. The distance between the  Neelkantheshwar temple and my place is around 40k...
  • photobook Spring di Korea dah siap
    Yang ditunggu-tunggu dah tiba... photobook yang sangat special sbb seribu kenangan terpahat di dalam setiap gambar2 ni.. cuma gambar-gambar ...
  • Restoren Kampungku Myeondong - Seoul
    Untuk yang mencari makanan halal dan masakan Malaysia, boleh la datang ke Kampungku ni. Kami dah pergi dan masakan memang sedap. Kebetulan m...
  • Day trip to Saswad and nearby places
    We were looking for an offbeat location near Saswad for a day trip. places to visit were not in mind and it was runtime planned drive trip. ...

Copyright © Vietnam Open Touris | Powered by Blogger
Design by Hardeep Asrani | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates