1. Tiket Malindo Air : RM381.60 (free 30kg utk 2 bag) * selepas Dec 2017 hanya 25kg unlimited bag
2. Tarikh : 19-22 March 2018 (4 hari)
3. Hotel : Saigon Pink 2 (32 Nguyen An Ninh Street, District 1 Ho Chi Minh City Vietnam) RM147 (2 pax)/night Total : RM444 (VD 2,588,888)
4. Sim Card : Vinaphone VD 135,000 (9GB) = RM22
* simcard hanya valid 2 bulan
saya beli simcard ni luar Arrival Airport sbb malas nak pikir. sebelum ni pun saya beli di situ syarikat yang sama. Kalau ikutkan ada banyak jenis kaunter simcard. Tapi sbb dah biasa dengan Vinaphone saya trs ke sana (kaunter hujung sekali). Lagipun kami taknak buang masa sbb rushing sebelum org balik kerja. takut jam pulak nak sampai ke hotel.
* simcard hanya valid 2 bulan
saya beli simcard ni luar Arrival Airport sbb malas nak pikir. sebelum ni pun saya beli di situ syarikat yang sama. Kalau ikutkan ada banyak jenis kaunter simcard. Tapi sbb dah biasa dengan Vinaphone saya trs ke sana (kaunter hujung sekali). Lagipun kami taknak buang masa sbb rushing sebelum org balik kerja. takut jam pulak nak sampai ke hotel.
5. Airport Transfer : kami ambik yellow bus no 49 : VD20,000
* highly recommended sbb direct ke Ben Thanh dan cepat, lebih kurang setengah jam
* highly recommended sbb direct ke Ben Thanh dan cepat, lebih kurang setengah jam
Flight Malindo Air mmg terbaik...pizza sedap dan layanan tip top |
pizza sedap atas Malindo Air.. seriously teringat2..tolong jangan tukar menu ya Malindo Air |
flight entertainment... |
CARA NAK CARI SHUTTLE BUS KE BEN THANH MARKET:
keluar je Arrival, lintas jalan dan nmpak ada banyak bas beratur di sebelah kanan.. (opposite Arrival). cari bas warna kuning ada counter kecik dan staff panggil2 nak bagi tiket. make sure tanya betul ke bas tu pergi Benthanh Market. (No. 49) Kenapa Ben Thanh? sbb majority hotel2 di kawasan tu. Dah sampai sana boleh la google map ke waze ke cara nak ke hotel ye..jalan kaki je jgn risau.
option lain : Bus No 152 = VD 10,000 (RM1), bas berhenti2. Memandangkan beza harga tak banyak elok la naik shuttle bus yang lebih express
option lain : Teksi VD240,000 (RM48)
sup ikan kegemaran, daging masak serai tu pun sedap di Mansour |
isi perut dulu sebelum jalan2 shopping |
kami cuma berjalan kaki ke pusat shopping spt di Benthanh dan Malay Street |
Saigon Pink 2.. mmg pilihan malaysian kerana lokasi strategik utk shopping dan makan halal |
mee pho daging yang sedap...kami suka order di Halal Amin |
sarapan wajib.. bingka ubi hajah basiroh |
hari ke-3 jalan2 ke Saigon Square |
udang crispy ... |
daging serai buat kali kedua ulang |
shopping bag yang tgh trending skrg..comel kan.. |
jalan2 pasar malam setiap malam.. pukul 7 dah ada.. meriah sangat |
subang ni saya suka sangat.. RM10-12 je |
kopi vietnam pun sedap..kalau minum kat dlm kedai kurang sikit |
barangan di Saigon Square..tapi better pakai Dong sbb RM diorang convert sikit sgt |
layan kopi ais..tapi rasa tak sama la pulak dengan yang atas moto tu |
jangan lupa sling bag mcm ni... better berwaspada |
senyum lebar sebab abe belanja kopi sedap... |
kerumun jangan tak kerumun... |
rambang mata nak pilih kebaya kain cotton ni..RM40 je |
sempat ootd depan Post Office Saigon..kami jalan kaki je |
Ok ni saya sharekan apa yang saya nampak dijual di Ho Chi Minh ya.. mungkin berguna untuk yang akan ke sana nanti.. semua gambar adalah di sepanjang Malay Street (area kedai makan halal)..
telekung yang berkualiti...pastikan cuba sebelum beli sbb setiap kedai tak sama tailornya ada yang sempit di dagu Harga : RM35-RM55 (ikut design dan kualiti) |
telekung berkuali di Vietnam saya beli di kedai Sa Rony (hujung Malay Street).. agak mahal daripada tepat lain tp bg saya berbaloi dgn quality.. harga RM55 |
macam2 warna ada.. rajin2 la bersembang dgn budak2 kedai, biasanya stok akan datang setiap hari. Jadi kalau yang dicari takde boleh repeat esoknya |
Next post : Tempah Baju Di Vietnam
0 nhận xét:
Đăng nhận xét